Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Gaji Kecil
Hendak beli rumah pertama tetapi anda rasa gaji terlalu kecil? Gaji kecil tidak semestinya akan menghalang anda daripada membeli rumah pertama. Anda boleh guna beberapa cara untuk membeli rumah pertama anda. Sebagai contohnya, anda boleh memohon pinjaman perumahan dengan membuat kira-kira asas berdasarkan gaji anda. Anda juga boleh mempertimbangkan beberapa skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia. Artikel ini akan memberi anda panduan dan juga tips beli rumah pertama untuk menolong anda. Lihat lebih di sini!
Berapa Pinjaman Perumahan Yang Anda Layak Mohon?
Di sini adalah cara kira loan rumah yang paling sesuai. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), anda layak untuk memilik harta tanah kediaman sekiranya pembayaran bulanan pinjaman perumahan anda tidak melebihi 30 % daripada gaji bulanan kasar anda.
Gaji kasar adalah gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dan lain-lain. Oleh itu, kalau gaji anda adalah sebanyak RM 3,000 sebulan, pinjaman perumahan bulanan anda tidak patut lebih daripada RM 900. Anda juga boleh menggunakan kalkulator loan rumah untuk menganggar harga rumah yang anda mampu milik.
Anda juga boleh menyemak senarai pinjaman Islamik yang ditawarkan di Malaysia. Pinjamik Islamik mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan pinjaman konvensional di mana kadar keuntungan tetap adalah lebih rendah, dan ia tiada caj proses atau caj penamatan awal.
Sebagai warganegara atau penduduk tetap di Malaysia, anda boleh melakukan pengeluaran KWSP untuk beli rumah. Tindakan ini boleh dilakukan melalui duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) akaun nombor dua. Duit dari akaun ini boleh dikeluarkan untuk sebab tertentu dan salah satu sebab adalah untuk beli harta tanah atau rumah pertama anda.
Semak Sejarah Kredit Anda Sebelum Beli Rumah Pertama
Untuk meningkatkan kemungkinan untuk pinjaman diluluskan, ia adalah sangat penting untuk memahami dan menyemak sejarah kredit anda. Pertama sekali, anda perlu memahami penghalang utama iaitu Nisbah Khidmat Hutang, ataupun ‘Debt Service Ratio (DSR)’.
Bank akan menggunakan Nisbah Khidmat Hutang sebagai formula ratio untuk menilai sama ada seseorang itu layak untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank akan kira sejauh mana kemampuan anda untuk bayar balik hutang setiap bulan.
Selain itu, anda juga perlu semak laporan CCRIS dan CTOS. Di sinilah merupakan semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia. Bank boleh semak maklumat seperti pinjaman peribadi anda untuk membuat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan.
Kos Lain Yang Terlibat Semasa Beli Rumah Pertama
Setalah anda sudah mengetahui jumlah pinjaman yang anda layak untuk memohon dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar, sekarang anda perlu memahami kos lain yang terlibat dalam proses membeli rumah. Terdapat banyak kos yang dapat memberi kesan negatif sekiranya tidak ditangani. Cari rumah idaman sini!
Yuran Tempahan
Sebelum anda membeli rumah pertama anda, anda perlulah membayar yuran tempahan terlebih dahulu. Secara kebiasaan, yuran tempahan ialah kadar bayaran yang berjumlah sebanyak dua atau tiga peratus daripada jumlah pinjaman perumahan.
Bayaran Pendahuluan
Apabila anda sudah menandatangani kontrak sah yang menggariskan segala butir penjualan rumah antara pembeli dan penjual, iaitu surat perjanjian jual beli, langkah seterusnya ialah anda perlu membayar 10 % daripada jumlah pinjaman perumahan. Daftar minat sini!
Memorandum Pemindahan
Di sini ada duti setem untuk memindahkan hak milik rumah kepada nama anda. ‘Memorandum of Transfer (MOT)’ adalah salah satu kos yang paling besar dan ia sebanyak antara 1 % hingga 4 % dari harga jualan harta tanah. Caj MOT adalah seperti berikut:
- 1% bagi RM100,000 yang pertama
- 2% bagi RM400,000 yang seterusnya
- 3% bagi jumlah yang tinggal
Yuran Guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)
Terdapat juga yuran guaman untuk memperoleh surat perjanjian jual beli (SPA). Yuran tersebut adalah sebanyak 1 % bagi RM150 ribu yang pertama dan 7 % bagi jumlah yang tinggal. 7 % itu bagi rumah yang bernilai di bawah RM 1 juta.